Monday, September 8, 2008

Hari Ini: Muhammad Salahuddin & Umar

Hari ini Muhammad Salahuddin (MS) berumur 1 tahun 6 bulan, sementara Muhammad Umar (MU) 6 bulan.

MS: Ketika ini sudah boleh berlari laju, banyak cakap, kuat makan, kuat bermain. Perkataan 'favorite' - Ayyah - utk Ayah, 'tatuu' untuk Jatuh, 'kaku' untuk takut. MS juga amat mahir meangajuk perbuatan ibu bapanya seperti batuk dsbg. Beliau sangat suka naik kereta dan motor.


MU: Ketika ini sudah meniarap, kuat senyum, kuat berpeluh, minum susu bercampur2 -susu formula/susu badan.

Tuesday, August 19, 2008

Anakku Umar Azzam

Umar Azzam telah dilahirkan pada 16 March tahun 2008, hari Ahad di Hospital Besar Melaka. Gamabar-gambar ini diambil ketika mencapai umur 8 bulan.

Pic 1: Muhammad Umar Azzam


Pic 2: In Magazine Riches - The fake one

Saturday, February 16, 2008

Memori: Salahuddin Anakku

Pada 2 Feb 2008 yang lalu, genaplah setahun umur anakku Muhammad Salahuddin. Tiada sambutan yang meriah sebagaimana anak-anak lain, melainkan doa ku pohonkan kepada Allah semoga dia kelak menjadi manusia yang berbakti pada agama, bangsa dan negaranya.

Doa-doa kejayaan, kesejahteraan dan kepahlawanan sering ku perdengarkan pada cuping telingannya kerana aku sentiasa percaya meski dia belum paham, namun rohnya akan mendengarnya.

Amat menarik untuk mengingati semula kronologi perubahan serta perkembangan fizikal dan mentalnya sejak lahir hingga setahun umurnya, untuk dikemudian hari diceritakan kepadanya sebagai bukti betapa ayah dan ibunya punya ingatan kuat terhadap pembentukan karakter dan telatahnya.

Muhammad Salahuddin dilahirkan di Hospital Besar Kerajaan di Melaka pada jam Jumaat, 2 Feb 2008, jam 6.29 pagi tepat ketika doa sholat subuh dibacakan di masjid besar berhampiran hospital. Saya tidak berapa pasti adakah catitan staff hospital itu bersesuaian dengan 'keluarnya' secara total dari rahim ibunya atau catatan setelah proses pembersihan dijalankan dan segala butir-butir diri dan ibu di rekodkan pada tab lutsinar bayi. Apapun perbezaan catitan, ia pasti tidak lebih dari 3 minit perbezaan. Ini bermakna, Salahuddin dilahirkan diantara 6.27 pagi ke 6.29 pagi, dan saya cukup pasti ketika itu saya sholat berjemaah subuh dan doa sedang dibacakan oleh imam masjid.

Ketika itu, cukup sayu mendengarkan doa, sehingga seakan ada suatu tiupan rasa nyaman dalam hati, riang dan lega. Rupanya Muhammad Salahuddin selamat ke lahir ke dunia ini.

Salahuddin dilahirkan dalam suasana normal dengan beratnya adalah 3.9kg. Sedikit lebam di mukanya, tetapi itu adalah sementara menurut kata doktor yang merawatnya. Ia adalah kesan 'forsect' - istilah perubatan yang menjelaskan kaedah bantuan untuk menarik bayi keluar dari rahim ibunya terutama bagi bayi yang dekategorikan agak bersaiz bezar. Dan memang pun, salahuddin agak besar jik dibandingkan dengan bayi-bayi seangkatannya yang ada di dalam wad ketika itu.

Salahuddin hanya dibenarkan keluar Hospital pada hari ke-dua kerana beliau disyaki terkena penyakit kuning, sesuatu yang lazim kepada bayi baru lahir. Pada hari kedua barulah beliau kami bawa pulang ke rumah sewa kami yang ketika itu baru dua sebulan lebih dilanda banjir terburuk dalam sejarah Melaka.

Pada awal-awal tumbesaran beliau, tiada apa-apa yang lain daripada bayi-bayi lain, cuma beliau agak kuat menyusu, dan kulitnya agak gelap dan bermuka bulat. Pada dua bulan awal, beliau menyusu badan, tapi kemudiannya, setelah ibunya habis tempoh cuti 2 bulan yang dibenarkan, barulah beliau disusukan dengan susu formula. Susu yang kami pilih adalah jenama Snow dengan tin berwarna merah.

Pada bulan ketiga, Salahuddin sudah mempunyai kekuatan untuk mengiring, dibulan kelima beliau sudah mula belajar merankak, sangat aktif, dan kecoh. Pada ketika ini perkataan yang suka disebut adalah 'ghee...' dan ta..ta..ta. Pada bulan keenam beliau kami bersykur dapat berpindah kerumah baru yang juga rumah kami sendiri di Taman Angsa Mas, kira-kira 3 km dari tempat sewaan kami sebelum ini. Terima kasih ya Allah di atas rezeki berganda ini; Salahuddin dan sebuah rumah yang selesa.





Pada bulan ke sepuluh Salahuddin, beliau telah aktif merangkak, dan beliau telah 'menakutkan' kami dengan berani memanjat tangga sehinggan ke tingkat atas rumah.

Sekarang, penghadang yang dibina khas untuk menjaga keselamatanya sudah tidak berguna, ini pun telah beliau mampu atasi dengan mudah.

Sehingga sekarang, di umur 13 bulan beliau sudah mula berjalan sendiri, makan pelbagai makanan jenis lembut seperti kuih tepung pelita, nasi lembut, kek dan banyak lagi.

Friday, February 15, 2008

Perkhawinan Adikku Menurut Tradisi Bugis

Perkhawinan adikku Cenceng. Semoga bahagia berkekalan, di murah rezeki dan kesihatan

Muhammad Salahuddin

Muhammad Salahuddin, nama indah lagi gagah ku pilih khas untuk anakku yang pertama. Aku mengharapkan dikau membesar menjadi insan soleh lagi gagah.