Saturday, November 14, 2009

Perkembangan: Muhammad Umar Azzam

Hari ini usia Muhammad Umar Azzam (MUAZZ) mencecah 1 tahun 8 bulan. Beliau mula berjala diusia 1 tahun 2 bulan, agak lambat sedikit berbanding rakan seusia. Meskipun begitu, dia sangat aktif bermain baik di dalam atau di luar rumah. Tak pakai selipar atau kasut soal biasa, dan ini merisaukan melihat keadaan permukaan tar dihadapan rumah yang agak kasar yg boleh menyebabkan kaki sakit atau tercedera.

Dia agak nakal, selalu memukul abangnya M Salahuddin. Kuat marah, dan pantang emaknya hilang dimata.

Thursday, June 4, 2009

Musnah dalam kebakaran - Tuhan Menguji Kami

Oleh: Darwis I, 4 June 2009

Sabtu, 23 May 2009 akan sentiasa menjadi ingatan kekal selamanya buat kami sekeluarga. Hari yang merakamkan detik sedih dalam perjalanan hidup kami sekeluarga. Dibina pada tahun 1982, tahun ini usianya menjangkau 27 tahun, lalu perjanjian dengan tuhan tiba ke kemuncaknya, ia harus pergi meninggalkan kami, musnah terbakar dalam gelombang api, ranap menjadi puing-puing arang. Bekas curucuk tiang yang masih tersisa seakan lambang perjuangannya menentang takdir. Berusaha sekuat kudrat untuk bertahan hingga akhir, namun…selamat tinggal akhirya.
Aku menghela nafas panjang, tatkala mendapat perkhabaran dari adik ipar di Kajang. Waktu itu sekitar jam 1.40 ptg. Istigfar kudahulukan, sebelum airmata mengalir deras. Serentak itu, nostalagia silam silih berganti memenuhi ruang memori diselang seli dengan nada kesyukuran yang ibu, ayah dan adikku terselamat tanpa apa-apa kecederaan.

Aku segera berangkat pulang dari Melaka pada sabtu tengah malam, kemuduian subuh Ahad dari LCCT ke tawau dengan pesawat Airasia, dengan tekad untuk menenagkan dan memberikan semangat kepada mereka. Di dalam perjalanan, aku meneroka alam sedar,mengingatkan diri bahwa ini adalah ujian kalau tidak teguran dariNya, tuhan maha pencipta. Perlu ada muhasabah diri dari kejadian tragik ini, melihat kembali dalam diri jika ada terkurang atau tersalah tanpa sedar yang mengundang kepada peringatan dan teguran tuhan. Lalu disusun kembali kekuatan guna menerus perjuangan baru, kali ini dengan lebih gagah.

Ketika menjejak kaki di halaman pada ahad tengah hari, aku tergamam seketika meskipun tahu mentalku sudah bersedia. Sisa runtuhan dan bara api menyambutku, seakan berbisik pilu padaku…”relakan daku pergi dalam duka dan tangis”.



Ku peluk erat ibu dan ayahku, lalu kubiskkan kata semangat. Kutenangkan jiwa duka mereka dengan falsafah suratan takdir, kasih sayang tuhan dan kemampuan bangkit kembali dari runtuhan ini . Aku mengambil beberapa gambar buat tatapan dan arkib sejarah masa depan. Akan ku tunjukkan kepada anak-anakku kelak akan sejarah ayah dan datuk nenek mereka yang terbina di atas tapak tanah ini.

Kejadian ini ternyata tersebar dengan pantasnya, peranan internet dan blog terbukti, aku mengakui peranan mereka sangat effectif. Salah satunya adalah blog puadede.com yang memaparkan kejadian menurut urutan masa kejadian. Rakan-rakan sepejabat dapat meningikuti perkembangan dengan pantas, dan silih berganti mengucapkan takziah, memberi dorongan dan semangat.

Mengimbas semula kejadian – punca, suasana kejadian, statistik, bantuan, tindakan susulan dan sebagainya – kucatitkan sebegini ringkas:

Ia dikatakan berpunca dari rumah pertama yang juga ada hubungan keluarga, makcik Rannu. Dari sumber yg sangat dipercayai, tuan rumah meninggalkan rumah ketika periuk masakan masih berada diatas dapur dan api tidak dipadamkam. Unsur cuai tidak dinafikan dalam hal ini. Kejadian hanya disedari ketika ia sudah marak dan sukar dibendung. Ketika itu hanya jeritan dan reaksi ketakutan menjadi paparan.

Api terus marak memamah kesuluruhan rumah makcik Rannu, tempat api bermula lalu menyambar rumah sebelah kirinya, mangsa kedua, susudah itu beralih ke rumah ketiga sehinggalah ke rumah kesembilan yang juga terakhir, iaitu rumah kami. Api yang bermula kira-kira jam 1.40 petang itu mengganas lebih kurang 2 jam dan hanya beransur reda seiring dengan habisnya keseluruhan sembilan rumah terbabit.

Di pihak kami, statistik kerugian merangkumi kehilangan rumah, barang kemas, wang tunai, barang perabot, perkakas rumah, pinggan dan mangkuk, digital kamera,buku-buku sekolah adik, pakaian, dan sedikit dokumen rumah, bank dan peribadi dan banyak lagi.

Dari kenyataan yang didengar sesungguhnya keluarga kami masih dikira bertuah mengigatkan ayah kebetulan berada di rumah, walhal waktu sedemikian beliau akan berada jauh dari rumah berniaga di pasar-pasar tani seperti di Kalabakan, Kalumpang, Lahad Datu dan sebagainya. Dengan keberadaan beliaulah koordinasi menyelamat harta benda menjadi lancar. Ditambah dengan posisi rumah kami sebagai yang terakhir dimamah api, juga berada berhampiran jalan yang luas dan lapang, alhamdulillah banyak yang mampu diselamatkan. Terima kasih kepada yang telah membantu ketika itu.

Antaranya, 3 buah kereta, sebua lori setan, 2 peti sejuk, sedikit pakaian, hampir kebanyakkan dokumen-dokumen penting, 5 tilam, sedikit barang kemas, sebuah laptop, sedikit pinggan magkuk dan lain-lain lagi.

Sebetulnya kampung ini mempunyai lebih 20 buah rumah yang dibuat sendiri tetapi dengan menyewa tanah lot dari tuan tanah iaitu encik Ismail bersaudara. Ternyata hanya sembilan yang terlibat dan ini sangat berkaitan dengan faktor binaan rumah yang terlalu rapat antara satu sama lain dan rumah yang diperbuat dari kayu dan papan yang usianya sudah menjangkau puluhan tahun. Selang antara rumah kebiasaanya hanya antara 2 dan 3 kaki dan dengan kelaziman masyarakat disini untuk menambahkan bilik-bilik kecil pada ruanga bawah rumah untuk disewakan kepada keluarga miskin atau orang bujang bekerja, menambahkan lagi kepadatan binaan. Satu pelajaran berharga bagi mereka yang ingin mendirikan rumah kelak, supaya aspek keselamatan di utamakan.

Ini kerana jarak ruang yang lebarlah yang menyelamatkan rumah sebelah kanan makcik Rannu dari terbakar lalu menghapuskan seluruh kampong.

Menarik untuk dikongsi bersama disini ialah peranan bomba selaku pihak yang diharap dapat mengekang kebakaran. Menjadi topik hangat dikalangan mangsa bahawa pihak bomba tidak mempunyai persediaan menghadapi suasana genting ini. Sebanyak 6 buah kereta bomba yang hadir dikatakan tidak membawa air yang secukupnya, pili bomba pula tidak dapat dibuka dek perlatan yang tidak padan dengan pili bomba tersebut. Dikatakan orang ‘workshop’ yang berdekatanlah yang menolong mereka membukanya. Pun demikian setelah terbuka, bekalan air pula dilaporkan tiada, orang Tawau kata, mati air…sungguh malang!!!

Akhirnya dikatakan, pihak bomba hanya berdiam diri melihat kejadian dengan hanya mempertahankan bangunan sekolah berhampiran menggunakan sedikit bekalan dari kenderaan bomba mereka. Sikap mereka ini mengundang kemarahan penduduk sehinnga dikhabarkan ayah saya berang lalu merampas hos bomba yang ketika itu berjaga didalam kawasan sekolah yang jaraknya tidak sampai 2 meter dan mengarahkan ke rumah kami yang ketika itu dihampiri api. Yang menyedihkan polis yang berada berhampiran bertindak menangkap ayah lalu mengancam utk menggari atas dakwaan mengganggu petugas awam. Hmm...sedih, tak pula ditangkap bomba tu atas sebab tidak menjalankan tugas, berdiam diri ketika rumah penduduk dimamah api walhal itu adalah tugas hakiki mereka. Sekurang-kurangnya ada yang boleh memimpin ‘korban’ rumah dengan mengarahkan salah satu rumah dalam laluan api untuk dirobohkan dengan segera untuk menghalang api dari memusnahkan rumah seterusnya. Mereka pasti mendapat pertolongan dari berpuluh pemuda yang berada di persekitaran ketika itu.

Menurut cerita penduduk, pasti akan banyak rumah yang terselamat jika rumah ketiga atau keempat dapat dirobohkan atau diputuskan sambungan apinya. Atas keyakinan itulah ayah tidak terlalu ghairah mengarahkan semua barang dikeluarkan walhal puluhan orang yang sedang menolong ketika itu mampu melakukanya.

Bomba hanya turun tangan secara langsung ke atas bekas rumah, untuk memadam sisa bara yang masih menyala. Hehehe…bomba konon!!!

Pasca kejadian: Berduyun-duyunlah orang politik menghampiri atas maksud membatu dan memberi sumbangan. Ada Datuk Taufik, Ketua Pemuda UMNO kawasan, Datuk Jimmy Wong dan rombongan dari DAP dan beberapa lagi. Baguslah. Tidak kurang orang persendirian yang hadir menghulur beras dan bahan dapur. Sungguh mulia mereka ini.

Aku berada di Tawau hanya 2 hari, setelah membantu menguruskan beberapa perkara termasuk laporan polis, akhirnya saya kembali ke Melaka. Menuju ke airport saya sempat singgah kali terakhir di bekas tapak rumah kami untuk mengucapkan selamat tinggal atas jasanya selama ini ketas kami, kerana menurut perkhabaran, tuan tanah sudah tidak lagi membenarkan kami membangun semula rumah diatas tapak yang musnah. Suratan yang kami terima dengan hati terbuka memandangkan tuan tanah sekeluarga memang cukup baik dengan kami selama ini sejak dari zaman ayah mereka, allahyarham Sabaktullah. Tuhan sedang menguji kami.



Wednesday, March 18, 2009

Percutian Di Lost of World Tambun, Perak


Cuti persekolahan baru-baru ini kami manfaatkan satu keluarga untuk bercuti di Taman Tema Lost of World Tambun, Perak. Suasana indah dan menarik memberikan kepuasan yang sangat bernilai yang sukar dilupakan. Meskipun hampir semua suasana adalah tiruan - pantai, suangai dan sebagainya namun suasana asli berlatar belakangkan gunung hijau memberikan imbagan yang baik.

Sesungguhnya 15 Mac 2009 adalah tarikh yang menggembirakan kami sekeluarga dan takkan kami lupakan sepanjang hayat. Kami merancang untuk kembali lagi ke sini di lain kesempatan.
Posted by Picasa

Saturday, February 21, 2009

Arenawati: Ku tahu dikau kan pergi

Sukma Angin ku genggam erat. Ku keluarkan kembali dari rak koleksi, ku tatap penuh syahdu, tanpa sedar airmataku mengalir. Ku tahu dikau kan pergi jua.

Pergi bersemadi bersama semangat kepahlawananmu meninggalkan jiwa lautmu pada nusa dan bangsamu.

Takut untuk melupakanmu, lalu segera ku cari segala maklumat pemergianmu.

Akan aku kuperturunkan kepada anak-anakku kelak akan dirimu,akan kusematkan dijiwa mereka jiwa kentalmu, semangatmu dan kasihmu pada bangsamu.

-------------------------

25 January 2009 - Catitan Faisal Tehrani

Arena Wati (1925-2009)



'Bengkok jarum pedoman cita-cita. Dekad akan datang, kau akan lihat agama di bibir, bukan di dada. Bahasa Melayu diejek. Budaya diganti tamadun lucah.' (Arena Wati: Busa Hati, Penerbit UKM, Halaman 349)

Dukacita yang amat mendalam, Sasterawan Negara Arena Wati (Muhammad Abdul Biang) telah berangkat ke alam lain meninggalkan kehidupan dunia dan kita semua, tengah malam tadi.

Cinta saya kepada Allahyarham dan karangannya amatlah mendalam. Novel beliau 'Bunga Dari Kuburan' telah sangat mengilhamkan sehingga saya menulis cerpen berjudul Anastasia (siaran Majalah Muslimah Oktober 1992). Pengaruh bapak terus berbekas dalam karya-karya awal saya.

Semoga, roh bapak akan dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama kekasih-Nya.

al-Fatihah.

Kemas Kini (4.35 Petang):




(Solat jenazah di Masjid Wilayah, antara yang turut hadir Tan Sri Ismail Husein, Dato Dr Anwar Ridhwan, Datuk Kemala, Dato Baha Zain dan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah)

Arena Wati harus saya akui merupakan antara penulis kegemaran sejak dahulu. Bahkan pengaruh beliau lebih kuat dalam karya-karya awal saya berbanding pengaruh A.Samad Said dan Shahnon Ahmad. Antara karya-karya beliau yang saya jadikan tatapan sepanjang membesar tentu sahaja trilogi Bunga Dari Kuburan (dalam siri ini bangsa-bangsa dari Asia bangkit membalas dendam terhadap Amerika dan gempa bumi besar memusnah sebahagian besar negara super power itu), Kuntum Tulip Biru (Eropah memuncakkan kebencian terhadap bangsa Yahudi dan mangsanya Marina, seorang pengkaji dari Amerika Syarikat dan daik tinggi di Belanda runtuh lalu air laut melimpah ke seluruh negara tersebut) dan dalam siri akhir, siri yang paling dikenali dalam trilogi ini ialah Sakura Mengorak Kelopak (dua keluarga besar berperang dan membakar sebahagian besar Tokyo sementara diserapkan perjuangan wanita Jepun untuk membebaskan diri dari dunia yang dominan oleh kuasa patriarki).
Selepas itu saya menyukai Sudara novel beliau yang menelusuri akar jati diri bangsa Melayu. Ia sebesar Roots oleh Alex Healey. Kemudian kerana Arena Wati sering melihat ke dalam diri lampaunya iaitu menyorot kembali kisah-kisah Indonesia, saya jadi terasing membaca karya beliau dan hanya kembali menyertainya menerusi karya Sukma Angin. Novel ini membincangkan mengenai bangsa Melayu sebagai kuasa maritim menerusi sorot mata bahtera itu sendiri - Sukma Angin.









(Suasana di pusara, semua yang ada di situ sebak mendengar kata-kata balu Allahyarham sambil menabur kuntuman bunga, 'Ini sajalah pemberianku untuk kasih sayangmu, tidurlah lena dan nantikan aku di sini sampai kedatanganku.'

Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Makasar, Indonesia.Ya dalam usia hampir 80 tahun, beliau masih menulis. Beliau pernah bersekolah di sebuah sekolah Belanda. Apabila perang dunia meletus, Arena Wati memulakan kariernya sebagai pelaut. Percayalah, tidak ada sasterawan yang dapat menulis hal laut sebaik Arena Wati, jika karya-karyanya diterjemahkan segera ke bahasa lain, tentu sahaja ia akan cepat dikagumi. Kefahaman dan perincian beliau tentang latar laut dalam karya-karyanya sangat hebat sehingga segala ombak yang rinci dan angin yang aneh turut dibentangkan. Arena Wati terjun dalam dunia kewartawanan sekitar tahun 1954 dan pernah menjadi editor di Pustaka Antara. Beliau menerima anugerah Sasterawan Negara pada 1988. (Nota tambahan: Beliau meninggal dunia pada 25 Januari 2009.)

(Petikan artikel saya di Kakiseni.Com).

Berita 'pemergian' Sasterawan Negara Arena Wati kelihatannya tidak mendapat tempat yang signifikan dalam media utama. Malah media di Indonesia turut 'mengeluh' kelewatan laman berita di Malaysia dalam melaporkan berita kematian beliau (lihat di sini.)

Sunday, January 18, 2009

Umar Azzam Hari Ini, 19 Jan 2009

Anakku Umar Azzam kini berumur 10 bulan. Sifatnya agak berbeza dari abangnya, Muhammad Salahuddin. Susuk badan yang libih kecil, wajah menyerupai ibunya, bersifat sedikit pendiam namun tetap aktif serupa dengan Salahuddin.

Umar sangat suka sekali makan bubur nasi yang telah dikisar kaya denga pelbagai campuran sayur dan daging ayam.