Thursday, June 4, 2009

Musnah dalam kebakaran - Tuhan Menguji Kami

Oleh: Darwis I, 4 June 2009

Sabtu, 23 May 2009 akan sentiasa menjadi ingatan kekal selamanya buat kami sekeluarga. Hari yang merakamkan detik sedih dalam perjalanan hidup kami sekeluarga. Dibina pada tahun 1982, tahun ini usianya menjangkau 27 tahun, lalu perjanjian dengan tuhan tiba ke kemuncaknya, ia harus pergi meninggalkan kami, musnah terbakar dalam gelombang api, ranap menjadi puing-puing arang. Bekas curucuk tiang yang masih tersisa seakan lambang perjuangannya menentang takdir. Berusaha sekuat kudrat untuk bertahan hingga akhir, namun…selamat tinggal akhirya.
Aku menghela nafas panjang, tatkala mendapat perkhabaran dari adik ipar di Kajang. Waktu itu sekitar jam 1.40 ptg. Istigfar kudahulukan, sebelum airmata mengalir deras. Serentak itu, nostalagia silam silih berganti memenuhi ruang memori diselang seli dengan nada kesyukuran yang ibu, ayah dan adikku terselamat tanpa apa-apa kecederaan.

Aku segera berangkat pulang dari Melaka pada sabtu tengah malam, kemuduian subuh Ahad dari LCCT ke tawau dengan pesawat Airasia, dengan tekad untuk menenagkan dan memberikan semangat kepada mereka. Di dalam perjalanan, aku meneroka alam sedar,mengingatkan diri bahwa ini adalah ujian kalau tidak teguran dariNya, tuhan maha pencipta. Perlu ada muhasabah diri dari kejadian tragik ini, melihat kembali dalam diri jika ada terkurang atau tersalah tanpa sedar yang mengundang kepada peringatan dan teguran tuhan. Lalu disusun kembali kekuatan guna menerus perjuangan baru, kali ini dengan lebih gagah.

Ketika menjejak kaki di halaman pada ahad tengah hari, aku tergamam seketika meskipun tahu mentalku sudah bersedia. Sisa runtuhan dan bara api menyambutku, seakan berbisik pilu padaku…”relakan daku pergi dalam duka dan tangis”.



Ku peluk erat ibu dan ayahku, lalu kubiskkan kata semangat. Kutenangkan jiwa duka mereka dengan falsafah suratan takdir, kasih sayang tuhan dan kemampuan bangkit kembali dari runtuhan ini . Aku mengambil beberapa gambar buat tatapan dan arkib sejarah masa depan. Akan ku tunjukkan kepada anak-anakku kelak akan sejarah ayah dan datuk nenek mereka yang terbina di atas tapak tanah ini.

Kejadian ini ternyata tersebar dengan pantasnya, peranan internet dan blog terbukti, aku mengakui peranan mereka sangat effectif. Salah satunya adalah blog puadede.com yang memaparkan kejadian menurut urutan masa kejadian. Rakan-rakan sepejabat dapat meningikuti perkembangan dengan pantas, dan silih berganti mengucapkan takziah, memberi dorongan dan semangat.

Mengimbas semula kejadian – punca, suasana kejadian, statistik, bantuan, tindakan susulan dan sebagainya – kucatitkan sebegini ringkas:

Ia dikatakan berpunca dari rumah pertama yang juga ada hubungan keluarga, makcik Rannu. Dari sumber yg sangat dipercayai, tuan rumah meninggalkan rumah ketika periuk masakan masih berada diatas dapur dan api tidak dipadamkam. Unsur cuai tidak dinafikan dalam hal ini. Kejadian hanya disedari ketika ia sudah marak dan sukar dibendung. Ketika itu hanya jeritan dan reaksi ketakutan menjadi paparan.

Api terus marak memamah kesuluruhan rumah makcik Rannu, tempat api bermula lalu menyambar rumah sebelah kirinya, mangsa kedua, susudah itu beralih ke rumah ketiga sehinggalah ke rumah kesembilan yang juga terakhir, iaitu rumah kami. Api yang bermula kira-kira jam 1.40 petang itu mengganas lebih kurang 2 jam dan hanya beransur reda seiring dengan habisnya keseluruhan sembilan rumah terbabit.

Di pihak kami, statistik kerugian merangkumi kehilangan rumah, barang kemas, wang tunai, barang perabot, perkakas rumah, pinggan dan mangkuk, digital kamera,buku-buku sekolah adik, pakaian, dan sedikit dokumen rumah, bank dan peribadi dan banyak lagi.

Dari kenyataan yang didengar sesungguhnya keluarga kami masih dikira bertuah mengigatkan ayah kebetulan berada di rumah, walhal waktu sedemikian beliau akan berada jauh dari rumah berniaga di pasar-pasar tani seperti di Kalabakan, Kalumpang, Lahad Datu dan sebagainya. Dengan keberadaan beliaulah koordinasi menyelamat harta benda menjadi lancar. Ditambah dengan posisi rumah kami sebagai yang terakhir dimamah api, juga berada berhampiran jalan yang luas dan lapang, alhamdulillah banyak yang mampu diselamatkan. Terima kasih kepada yang telah membantu ketika itu.

Antaranya, 3 buah kereta, sebua lori setan, 2 peti sejuk, sedikit pakaian, hampir kebanyakkan dokumen-dokumen penting, 5 tilam, sedikit barang kemas, sebuah laptop, sedikit pinggan magkuk dan lain-lain lagi.

Sebetulnya kampung ini mempunyai lebih 20 buah rumah yang dibuat sendiri tetapi dengan menyewa tanah lot dari tuan tanah iaitu encik Ismail bersaudara. Ternyata hanya sembilan yang terlibat dan ini sangat berkaitan dengan faktor binaan rumah yang terlalu rapat antara satu sama lain dan rumah yang diperbuat dari kayu dan papan yang usianya sudah menjangkau puluhan tahun. Selang antara rumah kebiasaanya hanya antara 2 dan 3 kaki dan dengan kelaziman masyarakat disini untuk menambahkan bilik-bilik kecil pada ruanga bawah rumah untuk disewakan kepada keluarga miskin atau orang bujang bekerja, menambahkan lagi kepadatan binaan. Satu pelajaran berharga bagi mereka yang ingin mendirikan rumah kelak, supaya aspek keselamatan di utamakan.

Ini kerana jarak ruang yang lebarlah yang menyelamatkan rumah sebelah kanan makcik Rannu dari terbakar lalu menghapuskan seluruh kampong.

Menarik untuk dikongsi bersama disini ialah peranan bomba selaku pihak yang diharap dapat mengekang kebakaran. Menjadi topik hangat dikalangan mangsa bahawa pihak bomba tidak mempunyai persediaan menghadapi suasana genting ini. Sebanyak 6 buah kereta bomba yang hadir dikatakan tidak membawa air yang secukupnya, pili bomba pula tidak dapat dibuka dek perlatan yang tidak padan dengan pili bomba tersebut. Dikatakan orang ‘workshop’ yang berdekatanlah yang menolong mereka membukanya. Pun demikian setelah terbuka, bekalan air pula dilaporkan tiada, orang Tawau kata, mati air…sungguh malang!!!

Akhirnya dikatakan, pihak bomba hanya berdiam diri melihat kejadian dengan hanya mempertahankan bangunan sekolah berhampiran menggunakan sedikit bekalan dari kenderaan bomba mereka. Sikap mereka ini mengundang kemarahan penduduk sehinnga dikhabarkan ayah saya berang lalu merampas hos bomba yang ketika itu berjaga didalam kawasan sekolah yang jaraknya tidak sampai 2 meter dan mengarahkan ke rumah kami yang ketika itu dihampiri api. Yang menyedihkan polis yang berada berhampiran bertindak menangkap ayah lalu mengancam utk menggari atas dakwaan mengganggu petugas awam. Hmm...sedih, tak pula ditangkap bomba tu atas sebab tidak menjalankan tugas, berdiam diri ketika rumah penduduk dimamah api walhal itu adalah tugas hakiki mereka. Sekurang-kurangnya ada yang boleh memimpin ‘korban’ rumah dengan mengarahkan salah satu rumah dalam laluan api untuk dirobohkan dengan segera untuk menghalang api dari memusnahkan rumah seterusnya. Mereka pasti mendapat pertolongan dari berpuluh pemuda yang berada di persekitaran ketika itu.

Menurut cerita penduduk, pasti akan banyak rumah yang terselamat jika rumah ketiga atau keempat dapat dirobohkan atau diputuskan sambungan apinya. Atas keyakinan itulah ayah tidak terlalu ghairah mengarahkan semua barang dikeluarkan walhal puluhan orang yang sedang menolong ketika itu mampu melakukanya.

Bomba hanya turun tangan secara langsung ke atas bekas rumah, untuk memadam sisa bara yang masih menyala. Hehehe…bomba konon!!!

Pasca kejadian: Berduyun-duyunlah orang politik menghampiri atas maksud membatu dan memberi sumbangan. Ada Datuk Taufik, Ketua Pemuda UMNO kawasan, Datuk Jimmy Wong dan rombongan dari DAP dan beberapa lagi. Baguslah. Tidak kurang orang persendirian yang hadir menghulur beras dan bahan dapur. Sungguh mulia mereka ini.

Aku berada di Tawau hanya 2 hari, setelah membantu menguruskan beberapa perkara termasuk laporan polis, akhirnya saya kembali ke Melaka. Menuju ke airport saya sempat singgah kali terakhir di bekas tapak rumah kami untuk mengucapkan selamat tinggal atas jasanya selama ini ketas kami, kerana menurut perkhabaran, tuan tanah sudah tidak lagi membenarkan kami membangun semula rumah diatas tapak yang musnah. Suratan yang kami terima dengan hati terbuka memandangkan tuan tanah sekeluarga memang cukup baik dengan kami selama ini sejak dari zaman ayah mereka, allahyarham Sabaktullah. Tuhan sedang menguji kami.